Sunday, November 7, 2010

Lawatan ke Rumah Amal Baling.


adik2 Rumah Amal
3 jam perjalanan memenatkan
Sebelum memulakan perjalanan, kami difahamkan akan ke Rumah Orang-Orang  Tua. Sebaik tiba disana kami dikejutkan dengan maklumat yang salah mengenai rumah ini. Rumah ini sebenarnya bagi kanak-kanak yang bermasalah dari segi mental mahupun fizikal. Dikesempatan itu saya pun cuba mempraktikkan ilmu yang saya tahu untuk menyelami isi hati adik-adik ini. Tempoh yang singkat untuk tidak dapat saya penuhi dengan banyak aktiviti dengan adik-adik ini. Dikesempatan ini saya telah “berkawan” dan menyelami  hati seorang adik. Adik ini bernama Nur Hidayah. Sangat mesra dengan orang, mempunyai  2 orang adik yang sama-sama menghuni rumah tersebut. Saya tidak dapat mengenalpasti apa masalah adik Hidayah ini, mungkin dari segi pelajaran dia sedikit lambat atau LEMBAM. Ketika lawatan ini diadakan waktu bulan puasa, ini menambah lagi halangan kami untuk  cepat mesra dan aktiviti juga tidak banyak dapat dilakukan kerana mereka akan pulang pada sebelah tengah hari. Apa-apa pun jua, good job untuk PRS Group A UUM.  

hehehehe..

bersembang...

Rumah Amal Baling

masa untuk berangkat pulang

mula2 smpai

suai kenal

adik2 tgh breakfast

adik2..

peace...hehehe

adik2 buat persembahan

mural..

pengarah projek bersama pengasas rumah amal

adik2 Rumah Amal Baling
(p/s:biar orang cakap kita bodoh,jangan kita sombong bodoh..)

Saturday, November 6, 2010

Hillary Clinton yang anggun..(^_^)

     Post ini bukan ingin menyatakan apa-apa yang berkaitan dengan politik yang dibawakan oleh SETIAUSAHA AMERIKA SYARIKAT ini. Tetapi apabila melihat dari segi lain wanita ini tabah dan cekal. Wanita ini pernah menjadi wanita pertama AS. Dan sekarang menjawat jawatan S/U AS. Wanita in cekal menghadapi cabaran dan skandal seks yang telah berlaku kepada suaminya sendiri. Bagaimana mendidik anak perempuan(ank dia sorang je). Saya terpesona melihat keanggunan wanita ini walaupun sudah menjangkaui setengah abad.
bsama ank dan suaminya
anggun
walaupun sudh berusia tetapi masih bertenaga.


Saya terpesona dengan keanggunannya ketika lawatan wanita ini ke Malaysia baru ini. dia mengadakan lawatan ke syarikat penerbangan kita iaitu MAS.Dengan pelat english nya, wanita menyatakan Malaysia and Amerika Syarikat Boleh!!!....

(p/s:wanita melayu tidak akan hilang didunia..(^_^) )

hendak ketawa? baca nie..(^_^)

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang
mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.



"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu
dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi
temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.

Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu.

Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!
(p/s:tnx to kelly again)

hilangkan tension


Kaya..

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya ...

"Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati simamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup.

Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.


Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali.

==================================================================

...Lumba Kereta...

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

=================================================================

RAM: MACAMMANA HENDAK SAMPAI KE HOSPITAL DENGAN CEPAT?''

RAHIM: BERDIRI DI TENGAH JALAN.

RAM: MAKSUD KAU BIAR MEREKA LANGGAR?''

RAHIM: YA !
RAHIM: HA.....HA......HA......HA.......HA..........HAAH.....''.



=============================================================





SEORANG PELAJAR SEKOLAH RENDAH PERGI KE PEJABAT POS. DIA TERUS KE KAUNTER UNTUK MEMBELI SETEM.


'' SAYA INGIN MEMBELI SETEM UNTUK MENGHANTAR SURAT KEPADA RAKAN SAYA DI INDONESIA. BERAPAKAH HARGA SETEMNYA?''

'' SERINGGIT LIMA PULUH SEN,'' BERITAHU KERANI KAUNTER ITU.

''APAKAH DENGAN SETEM SERINGGIT LIMA PULUH SEN ITU, SURAT SAYA INI AKAN SELAMAT SAMPAI KE RUMAH KAWAN SAYA ITU?''

'' YA! ''

'' WALAUPUN TIADA ALAMATNYA.

'' PELAJAR ITU KATA'' BOLEHKAH SURAT SAYA SAMPAI TANPA ALAMATNYA ?

'' KERANI ITU KATA'' YA SAMPAI KE TONG SAMPAH.''

============================================================

Doktor...
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul..

============================================================
(p/s: lawak nie dpat dr kwn sy..tnx kel..)

Friday, November 5, 2010

eczema

Eczema seperti yang kadang-kala disebut, sensitiviti kulit warisan yang boleh dengan mudah terengsa oleh banyak faktor termasuk stres, air, beberapa makanan, kerengsaan seperti sabun dan bahan kimia, reaksi alergi, kucing, jangkitan dan berbagai faktor lain 
Individu yang menghadapi sakit kulit ini mempunyai sejarah keluarga alergi, asma, eksim, dan deman panas. Ada pesakit bersisik, serpih dan kekeringan adakalanya tampak mengerikan, ada juga jenis eczema tidak sakit atau gatal dan tidak menimbulkan ketidakselesaan pada bayi. Sebahagian besar kes eksim bayi akan hilang hanya dalam beberapa bulan.


 >>>>Ini adalah maklumat carian melalui google. Tinta juga mengalami alahan eczema ini. Tetapi bukanlah dikalangan yang teruk. Eczema Tinta hanyalah seperti bekas luka atau parut. Tinta dapat penyakit selepas menjadi Pelatih PLKN. Jika Tinta dalam keadaan stress parut tadi akan terasa gatal. Penyakit ini bukanlah bahaya, tetapi hanya akan menampakkan kulit kita tidak sihat. Alhmdulillah, kulit Tinta tidak terjejas dengan eczema ini.

(p/s:petua untuk menghilangkan eczema ialah jangan stress dan sentiasa berfikiran +tive.(^_^) )

wuduk dari sudut sains

HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS 



Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwudukdalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya. 


Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk? 

Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan. 


Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang. 


Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya." 



Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya). 

Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf.Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin. 



Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk:"Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut. 


Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....


(diambil dari blog di MFB karya  Ismail B. Ibrahim )

ilmu perlu dikongsi..

info terkini
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.



Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694

(p/s:note ini diambil daripada facebook)

personal detail

 NUR FADDILLAH BINTI AMERUDDIN
Blue_familyarnm@yahoo.com


org2 yang sy sayangi
Education

SEKOLAH RENDAH BATU 9,CHERAS
1996-2001
Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun
2002-2008

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
BACHELOR HUMAN RESOURSE MANAGMENT
2009-NOW

Achievements
l  SPM 2006
l  STPM 2008

Activities Scholl
l  PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
l  Pengawas Koperasi(2005-2008)
l  Kelab Geoinformatik(Pengerusi)
l  Persatuan Bomba Dan Penyelamat( AJK FOTOGRAFI)
l  Kelab Bola Jaring( AJK)

Skills
l  ADVANCE USER MICROSOFT OFFICE, INCLUDING WORD, EXCEL
l  HOLDS DRIVING LICENCE FOR CAR AND MOTORCYCLE.

Thursday, November 4, 2010

alkisah blog tercipta (^_^)

salam semua..


kepada:
pembaca blog ini,


dari:
pengarang mylife mysoul..(^_^)

 Nama diberi NUR FADDILLAH BINTI AMERUDDIN. 

Dilahirkan pada tanggal 28.Mac.1989, bersamaan tahun ular bagi calendar Cina. 

Dilahirkan dikampung halaman di Perak.

 Dibesarkan oleh dua orang yang paling dikasihi sepanjang hayat AMERUDDIN BIN ISMAIL dan 

RADIAH BINTI ALI HAMAD iaitu ibu dan babah. 

Mempunyai seorang adik lelaki yang meningkat dewasa dan bakal menduduki STPM pada tahun ini. 

Penulis blog ini telah bersekolah di SEK.KEB.BT9 CHERAS,dan sekolah menengah di SMK PERIMBUN sehingga tingkatan 6. 

Penulis juga sedang melanjutkan pelajaran di UUM dan mengambil jurusan PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DENGAN KEPUJIAN.

 Dan penulis masih baru dalam bidang blog ini. 

Blog ini tercipta bukan kehendak penulis tetapi tuntutan subjek yang di ambil untuk sem 3 iaitu pengurusan maklumat maka terciptalah blog ini.

 Penulis berharap dengan terciptanya blog ini dapat kita bersama-sama berkongsi maklumat berguna dan blog ini bukan hanya tempelan sahaja.Sekian.. (^_^) 






                            (p/s: im  becoming a new blogger..hahahahaha..)