Saturday, November 6, 2010

hilangkan tension


Kaya..

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya ...

"Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati simamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup.

Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.


Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali.

==================================================================

...Lumba Kereta...

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

=================================================================

RAM: MACAMMANA HENDAK SAMPAI KE HOSPITAL DENGAN CEPAT?''

RAHIM: BERDIRI DI TENGAH JALAN.

RAM: MAKSUD KAU BIAR MEREKA LANGGAR?''

RAHIM: YA !
RAHIM: HA.....HA......HA......HA.......HA..........HAAH.....''.



=============================================================





SEORANG PELAJAR SEKOLAH RENDAH PERGI KE PEJABAT POS. DIA TERUS KE KAUNTER UNTUK MEMBELI SETEM.


'' SAYA INGIN MEMBELI SETEM UNTUK MENGHANTAR SURAT KEPADA RAKAN SAYA DI INDONESIA. BERAPAKAH HARGA SETEMNYA?''

'' SERINGGIT LIMA PULUH SEN,'' BERITAHU KERANI KAUNTER ITU.

''APAKAH DENGAN SETEM SERINGGIT LIMA PULUH SEN ITU, SURAT SAYA INI AKAN SELAMAT SAMPAI KE RUMAH KAWAN SAYA ITU?''

'' YA! ''

'' WALAUPUN TIADA ALAMATNYA.

'' PELAJAR ITU KATA'' BOLEHKAH SURAT SAYA SAMPAI TANPA ALAMATNYA ?

'' KERANI ITU KATA'' YA SAMPAI KE TONG SAMPAH.''

============================================================

Doktor...
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul..

============================================================
(p/s: lawak nie dpat dr kwn sy..tnx kel..)

No comments: